Want your
own Fotopage?












 
SHAHANIM's FotoPage

By: shahril ajue

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]
Thursday, 24-Jul-2008 18:11 Email | Share | | Bookmark
Past entry - BBQ

Boy, Ayah Cu, Cik Ya
Apiq... jalan laaa
dah ready
ayam pon dah ready nak di bakar
sure apiq terfikir naper laaa aku tak leh lari2 lagi nih
tu diaaa acara dah bermula
kak long betulkan payung dah dah patah
mula-mula... buat cam nih
aikk Boy, tengok jer..
View all 41 photos...
Actually BBQ nih dah lepas, tapi terlupa nak upload gambarnya. Semalam masa dok kecoh-kecoh pasal Ayah Cu dah dapat tiket ke Doha, baru teringat yang kitaorang penah adakan ad-hoc BBQ sempena Ibu dan Ayah Cu nak pergi oversea. Ibu nak sangat buat BBQ nih sebab lepas nih belum tahu lagi bila nak jumpa Ayah Cu. May be jumpa setahun sekali la kut, atau next year punyer raya since Ayah Cu baru jer pegi bulan July nih.

Plan nak buat BBQ dah lama tapi lepas tu cancel sebab masa dah suntuk. Tapi last minute jadik jugak. Masa tuh kul 4 petang, terus ajak Ayah pegi Tesco carik chicken wing, hotdog, sos lada hitam dan sebagainya. Punya laaa tak reti hidupkan api sampai Boy, Cik Ya datang baru berjaya. hehehhe kami tak expert bab bab api nih.

Adlan sempat invite kawan sekelas dia (Danish) join sekali. Kebetulan dok depan rumah jer. Sambil tu boleh la Ibu berkenalan dengan parents Danish. Mak dia cikgu kat sekolah Adlan jugak tapi tak ajar kelas Adlan. Sabtu nih ada tution kat rumah Danish, mak dia buat ulangkaji. Next week ada ujian bulanan.

To Adlan and Aisyah:
Quote:

Good Luck yer, buat elok-elok tau. Ibu doakan semua berjaya nanti. Ameennn

To Anis:
Quote:

Anis dah mamam? Jangan kacau Abang ngan Kakak nak study, kay. Anis ulish buku Anis sendiri yer.

To Afiq:
Quote:

Apiqqqqq... Apiq dah jalan yer. Sure Apiq tension kan tengok orang lain lari-lari masa BBQ nih, sebab tu Apiq terus dapat berjalan lepas tuh. Tak sia-sia Ibu buat BBQ.
















Welcome to fp
Dapatkan pakej fotografi perkahwinan
dengan harga berpatutan di www.sfawani.com!


more editing and
update at >
http://sfawani.fotopages.com
www.sfawani.com
Fri 25-Jul-2008 16:55
Posted by:shukri sfawani sfawani@hotmail.com
Add comment


Wednesday, 23-Jul-2008 19:15 Email | Share | | Bookmark
Ayah Cu dah dapat tiket ke Doha

Alhamdullillah, akhirnya tiket flight Ayah Cu(adik ibu) dah selamat diterima. InsyaAllah Ayah Cu akan berangkat ke Doha pada 27 Julai 2008 (Ahad) ni. Ayah Cu telah ditawarkan kerja sebagai Civil Engineer di Arab Engineering Bureu(AEB) kat Doha, Qatar untuk Working Permit Visa 5 tahun. Terima kasih kepada Abang Shem atas pertolongan mendapatkan kerja ni.

Walaupun Ibu tak sempat balik ke KL untuk sama-sama menghantar Ayah Cu, tapi Ibu tetap merasakan kesedihan yang bakal dirasai semasa di airport nanti. Doa Ibu semoga Ayah Cu sentiasa di rahmati Allah dimana jua berada. Jangan lupakan kami sumua di Malaysia yer. Ingat, Allah sentiasa bersama-sama dengan kita.

Flight details:

Quote:

ELECTRONIC TICKET
PASSENGER ITINERARY RECEIPT

QATAR AIRWAYS PREMIUM SALE DATE: 23 JULY 2008
PREMIUM SALES OFFICE AGENT: 8546
DOHA NAME: BINRASHID/FARHAN MR
IATA : 658 29750 TELEPHONE: 974 4326600

ISSUING AIRLINE : QATAR AIRWAYS
TICKET NUMBER : ETKT 157 2310416667
BOOKING REF : AMADEUS: 3OCP64, AIRLINE: QR/3OCP64

FROM /TO FLIGHT CL DATE DEP FARE BASIS NVB NVA BAG ST
KUALA LUMPUR QR 621 M 27JUL 0415 MOWMY 20K OK
TERMINAL:M
DOHA ARRIVAL TIME: 0640


Jangan lupa tangkap gambar banyak-banyak yer, letak dalam fp Ibu nih. Good Luck and All the best!

Bon Voyage ang(ayah cu)..Congrats. nanti abg letak gambar2 mase ang nak depart kat KLIA..kul 4 pagi tur...
Thu 24-Jul-2008 02:59
Posted by:abang shahril_pilot@yahoo.com
Add comment


Wednesday, 23-Jul-2008 15:23 Email | Share | | Bookmark
Happy Birthday Adlan yg ke 9

 
 
Tadi ayah beli kek kecek untuk Adlan. kek besar nanti bile ibu balik yer..tak syok ibu takde...
Note: Sorry ahh gambar tak clear, pakai hp Ayah...hhehe

hi ibu, jangan sedih laa nanti ibu balik abang nak cuba game baru yang ibu nak beli.ibu jaga diri baik-baik yer, abg doakan ibu selamat berjaya.babai
Wed 23-Jul-2008 15:53
Posted by:adlan adlan_pilot@yahoo.com
Thank you soooo much anak-anak Ibu and Ayah. Love you all.

Adlan: jangan nangis
Aisyah: jangan main lilin, nantzi terbakar tangan tu
Anis: jangan laaa masam muka tuh.. senyumlaaa sikit
Afiq: jangan panjat kerusi tau... nanti jatuh
Ayah :hmmm mana gambar Ayah... tak nampak ponnnn

Miss uuuuuuuuuuu
Wed 23-Jul-2008 16:54
Posted by:Ibu ajue3375@yahoo.com
i miss u too sayang...
Thu 24-Jul-2008 09:26
Posted by:abang shahril_pilot@yahoo.com
View all 4 comments Add comment


Tuesday, 22-Jul-2008 18:52 Email | Share | | Bookmark
Yesterday, Today and Tomorrow

 
 
 
View all 6 photos...
YESTERDAY was so cold and we could hardly walk to office. From morning until night it was rain and rain. But strange here that the rain here was small. We were freezing the whole day.

But TODAY, we can see the sun shines, finally. Although is was not last long but at least can feel the heat. Just now we tried some pasta at Cafe and Barcelona. Taste is good and the fries also not bad. Drink? hmmm as usual, Cola.

TOMORROW, I supposed to celebrate my son (Adlan) birthday at Kota Kinabalu. But....now I am here in Germany, attending a product training for my new company. How I wish I could be there in KL to wish him and to celebrate his birthday together with the rest of family members.... so sadddddd.....

To my son Adlan,
Quote:

“A very happy birthday to you, may God bless you always wherever you are”

Care to comment?


Saturday, 19-Jul-2008 12:00 Email | Share | | Bookmark
Germany - Koln Trip

pasar tani
fresh
berries
View all 40 photos...
Weekend kali nih tak de plan nak ke mana-mana. Plan asal nak ke London terpaksa dibatalkan sebab tiket easyjet tu dah jadi mahal sangat masa nak booking. So, just gamble jer pegi DB(nama Train) kaunter check out tiket. Ada promotion tiket untuk group. Just pay 37 euro dapat pegi mana-mana destination sebelah West Germany for one day. hmmmm pikir punyer pikir, since dah kul 10 pagi, just amik train pegi Koln jer laaa kut. Dekat jer. Journey dalam 2 jam lebih jer nak ke sana. Tapi kena change satu station kat Hamm (West) nanti. So, ok laaa.

Sementara menunggu train kul 11.51 pagi, kitaorang sempat pegi pasar pagi kat Paderborn nih. Banyak jual sayur sayuran dan buah. Segar-segar sumernyer. Kitaorang beli berries. mintak 100g jer. Sedap gakk.

Then, balik bilik amik passport dan sebagainyer, tunggu bas nak ker train station. Beli McD fish buat bekal. Dalam train tak leh nak duduk sangat. Kena separate tempat duduk. Pelik gak... mana laaa tiba-tiba datang manusia seramai nih. Mak Teh cuba tanyer mamat sebelah dia kemana ramai-ramai nih nak pergi. O' ooooooo oppppsssss wrong timing daaaaa. Actually kat Dortmund ada LoveParade http://en.wikipedia.org/wiki/Love_Parade Mak aaiiiiiiii giler ramai manusia nak kesana. Gosh... Macam-macam ragam manusia ada. And, expected this time it would be over than 1 million people join parade nih. Alamak, dah tersilap haribulan laaa pulak. Tapi nak buat camaner, tiket dah beli .. Redah jer...! Dortmund nih satu station sebelom Koln. hmmm.......

Sampai Koln terus beli map. Macam banyak Dom jer kat sekeliling station tuh. Nak naik bas hop -n hop off pon tak sempat kut sebab takut nak balik lambat. Takut bertembung dengan crowd yang pegi parade tu la plak. Koln nih orang kata, if never been to Koln, you never been to Germany. hmmmmm OK, we have been here, so.... we have been to entire germany laaa.. YAY!!!

Agenda utama ialah nak tangkap gambar jer... Ada jugak satu patung nih, ingat kan patung tapi rupa-rupanya orang. Ish ish.... Ibu dan MakTeh sempat tangkap gambar ngan dia. Lepas tu dia shake hand. Kalu Anis ada nih sure kelam kabut dia lari kut... hehhehe Then, masuk kedai LV. Murah la jugak dari kat KL. Yang latest edition, harga kat sini 400Euro (RM2000). Mak Teh cakap, kalu kat KL dalam RM2500++. worth buying laaa tapi kitaorang tak beli ponnnn... hahah setakat cuci mata boleh laaa. baik beli suvenirs lak. Zara pon ada, tapi skrang bukan tengah sale, so harga dia lebih kurang sama jer ngan kat KL.

Ada satu kedai nih Ibu belikan perfume untuk Ayah. Murah gak kat sini few hundreds laa dari kat KL. Ibu pon amik gak satu, brand CD. Pastu belikan accesories untuk anak-anak buah. Yang boys boys belom carik lagi. Nanti lah, kat Paderborn kut baru carikan. Lepak jap kat starbucks dia, hilangkan penat kaki berjalan sambil fikir nak pegi mana lak lepas tuh.

Kitaorang balik kul 7.51 malam. Beli pizza bawak bekal. Nasib baik first train dapat duduk sumer. Sampai jer kat Hamm (West) station pertukaran maka bermulalah Amazing Race. Dah la masa nak masuk station giler lama dia berenti, sebab ramai sangat orang kan. Dekat 7 jam sumer sekali jurney nak balik Paderborn. Gilerrrrr.Dalam train lak, diorang still lagi dance. Bawak player masuk train, pasang kuat-kuat, bantai menari mabuk mabuk dalam tuh. ish ish... ngeri lak rasa. Yang mencabarnyer, sampai kat Hamm, sepatunyer platform number 8, berkejar la ke sana, tapi bila sampai tengok tengok lain laa pulak tulis destinasi train tuh. Tanyer officer, dia kata tukar platform nombor 3. OK... another amazing race laaa kesana. Berebut-rebut nak naik train, bukan apa, berebut nak duduk la sebab nak ke Paderborn makan masa 1 1/2 jam lagi. Yay, dapat duduk. Tapi masa nak bergerak tuh ada annoucement. Tak faham laa plak apa benda dia kata. Tapi tengok ramai gak yang kuar dari train. Suspen la gak, tanyer orang sebelah, dia cakap kena tukar train untuk ke Paderborn. What..???? Again..??? Gosh... Nasib baik yang train selepas nyer sebelah jer. Dan, dapat laaa jugak duduk. Tapi masa nak kuar tuh, Ibu pakai redah jer langgar sumer orang orang kat situ. Takut laaa jugak tertinggal train nanti.

Finally, sampai Paderborn kul +-2 pagi. Letih giler... Shower, terus Zzzzzzzz......









thanks jue for the perfume, miss u here
Mon 21-Jul-2008 06:01
Posted by:abang shahril_pilot@yahoo.com
Add comment


Friday, 18-Jul-2008 18:55 Email | Share | | Bookmark
Training , Paderborn Day 9 - 14

gambar ni amik masa nak naik bas
masa nak lintas jalan
ni la workplace Ibu
View all 23 photos...
Hari ni dah masuk hari ke 14 Ibu berada di Germany. Dan, hari ni jugak hari terakhir OPSC_Gold Training. Minggu depan ada sekurang-kurang 5 agenda yang telah diatur untuk Ibu dan opis-mate yang lain. Means, hari-hari la tuh ada sesi/agenda yang kena attend.

Isnin - Introduce KL Staff
Selasa - Introduction to FIT part 1
Rabu - Perfoce Training
Khamis - Introduction to FIT part 2 & Documentation Training

Untuk minggu selepasnya belum dapat jadual lagi. Maybe next week kut Shiva bagi. Okay... apa yer nak update kali nih? Lepas balik dari Amsterdam, cash flow dah luak la sket, so kena la berjimat. Hari-hari instead of naik taxi, kitaorang naik bas. Yes, I know, dua-dua boleh claim balik tapi, nak jimatkan cash kat tangan sekarang better we go for cheaper, kan? Kalu naik taxi, kena sorang bayar dan fee dia dalam 10-11 euro depends driver nak lalu jalan mana. Tapi kalu naik bas, sorang kena bayar sendiri dalam 2 euro jer. So far Ibu dah 2 kali bayarkan taxi. Well, its OK, balik KL boleh claim balik, RM50++ gak tuh.

Pagi-pagi lagi Ibu bangun awal untuk masak nasi. Bawak bekal ke tempat training. Since dah bawak banyak lauk dari KL takkan tak makan, kang ada yang bawak balik semula ke KL. So, satu hari 1 pot masak, share ngan Mak Teh. Lauk pon kami take turn bawak. 2 days terakhir Omar dari Morocco nak join kitaorang. So, Ibu masakkan lebih sikit. Kesian gak kat dia, wife dia dalam pantang, agaknyer dah lama tak jumpa nasi, kitaorang offer jer, dia terus amik. Bila dah masak, boleh la jimatkan lagi duit... hehhehehe

Oh ya, Shiva dah sediakan tempat untuk Ibu keje nanti. Satu bilik untuk 3 orang, Ibu, Mak Teh dan Alex. So, di sinilah kami kena buat real projects tapi ada pembantu la dari orang Orga sini.Kalu tak, ada yang server crash Orga nih. Bilik ni kat Blok A, tingkat 1. Dekat dengan bilik Shiva. Workplace Ibu facing luar, cantikkk jer pemandangan. Yang bestnyer Opis kat Orga nih satu pon tak de aircon, sebab dah sejukkan? Heater ada laaa. Lampu dia pon ada sensor. Kalu ada orang, baru terpasang. Dia boleh detect kalu tak de orang lampu akan padam sendiri. Kelas gitu!

Ada sekali tuh, lepas balik training, kitaorang pi makan restoren vietnamese. Sedapppp.. Ibu amik mushroom soup. Mak Teh amik crab soup , pastu amik satu Mihun goreng, share dua orang. Bukan kedekut tapi dia serve memang banyak. So, memang tak habisnyer kalu makan sorang2. Kat Paderborn nih, nama jer tengah Summer, tapi hujan jer memanjang. Sejuk tak ingat nyer.

Masa hari Khamis, big boss dari KL datang. Stephan Brandt. Dia bawak dinner kat Italian Restaurant. Ibu amik squid as starter, pastu amik fish grill as main dish. Tak penah makan sesedap tuh. Best Giler. Time bayar, kesian Stephan, POS tak leh nak guna, terpaksa bayar cash. Tapi takper laaa boss kan sure banyak duit nyer. Ibu sempat intai braper note dia kuarkan. Mak aiiiii... 5 keping note 500 Euro!!!. mahalnyer.... Kalu convert RM2500++ tuh.

Hari ni Jumaat, kat kantinne Orga serve fish. So, Ibu dan Mak Teh dah plan nak makan kantinne jer. so tadi amik spaghetti dan fish dan cola just 4.60 euro jer. Staff dapat diskaun sikit. Lepas lunch ada last hands-on kena buat, lepas tu ada evaluate test. Lepas tu, YAY!!! dah certified... hehehe.. Skrang kitaorang dah OPSC_Gold Certified. Dah lulus kelas. Instructor cakap this is the fastest class yang dia penah ajar. Sumer dah macam terror-terror belaka. Untuk pengetahuan sumer, hanya Ibu sorang jer yang bukan background Telco, Yang lain-lain sumer dah berpengalaman dalam industri nih. Tapi Alhamdullillah, Ibu dapat jugak faham. First test, masa mula-mula kelas start dulu Ibu dapat 56%, lulus. Tapi tadi buat sekalu lagi Ibu dapat 86%, Excellent. YAY!!!!

Frank, terus balik rumah dia kat Berlin. Esok eugine lak balik Ukraine. Omar, ChiangTeh dan Stefan memang dok kat Paderborn. Ibu , Mak Teh ngan Alex stay sini lagi 2 weeks then baru balik KL. Tadi since habis awal, Ibu pergi laundry. Dah banyak baju busyuk kat bilik tuh.. hehehhe. Sementara nak menunggu laundry tuh, kitaorang dinner kat kedai pizza. Amik tuna pizza ngan spaghetti carbonara seafood nyer, share ngan Mak Teh. Sedap gakk. Then, balik bilik terus update facebook ngan fotopages nih. Esok tak plan apa-apa pon lagi, Redah jer.....


Quote:

Thanks to all Instructors for making us OPSC_GOLD CERTIFIED!!!.
    Jahangeer Khan

    Momme Krahn

    Ian Medway

    Mirian Hlavova



To all participants:
    Eugine (Ukraine)

    Stefan (Paderborn)

    Chiang Teh (Paderborn)

    Frank (Berlin)

    Omar (Morocco)

    Suzy@Mak Teh (KL)

    Alex (KL)

    Ajue@Ibu (KL)











bersih dan kemas nyerr workplace awak...
Sat 19-Jul-2008 15:26
Posted by:yaR-t  - [Link]
canggihnye workplace jue, lain daripada lain.creativela org german nie..cam ala2 design ikea lak...
Sun 20-Jul-2008 06:12
Posted by:abang shahril_pilot@yahoo.com
Add comment


Tuesday, 15-Jul-2008 18:33 Email | Share | | Bookmark
Germany - Day 7 and 8

masak nasi guna rice cooker Alang
tempat nak carry baby
pose sambil nak tunggu bas
View all 15 photos...
Entry kali nih gambar campur-campur. Enjoy!



Nice picture
Dapatkan pakej fotografi perkahwinan
dengan harga berpatutan di www.sfawani.com!


more editing and
update at >
http://sfawani.fotopages.com
www.sfawani.com
Wed 16-Jul-2008 09:10
Posted by:shukri sfawani sfawani@hotmail.com
Bestnya dpt melancong ke negara org.... sambil selam minum air. Bak sikit aiskrim.
http://spirits.fotopages.com
http://blog.extrumedia.com
Wed 16-Jul-2008 10:35
Posted by:spirits inquiry@extrumedia.com  - [Link]
Add comment


Sunday, 13-Jul-2008 18:25 Email | Share | | Bookmark
OPSC_Training Day 5 and 6 - Amsterdam

kat Paderborn station
sampai awal, still ada masa lagi
pack lunch
View all 64 photos...
Weekend pergi Amsterdam. Naik train jer. Sorang dalam 66 euro. Tapi ni train lompat-lompat la. Naik kul 7.17 am sampai saner kul 12.31 noon. 4 kali tukar. Paderborn->Munster->Enshede->Amersfoort->Amsterdam Central.

Since tak breakfast kat hotel, kitaorang dapat lunch set dari hotel. Dapat sandwich ngan fruits. OK laa kan, buat alas perut dalam train nanti. Tapi actually kitaorang pon bawak gak bekalan sendiri. Kat saner dah book hotel thru internet. Ibu guna card credit Ibu dulu. Sepanjang train, bantai tidoq sebab bangun awal pagi tadi kan. Masa switch tuh, tak lama, dalam 6 mint jer, so kena rushing sikit la carik platform. Tapi sumer berjalan lancar. Tapi yang respect nyer, train ni sumer on time. Kalu tulis kul 10.20, tepat-tepat 10.20 la dia sampai.

Sampai Amsterdam, lepak kat satu cafe nih, Tapi sebelom tuh, amik map dulu sorang satu. Lepak minum kopi sambil discuss nak pergi mana dulu. Meanwhile tuh, Mak Teh call kawan dia Nadirah (Nad). Dia dah dok Amsterdam lama. Dah ada baby sorang. Dia akan bawakkan jalan-jalan. Last-last tuh, siap offer rumah dia stay malam tuh. So, since hotel yang kami book kan tuh, jauh sikit, kena 40 euro nak ke saner, we just decided nak stay rumah Nad jer. Anyway, hotel tuh just burn cam tuh jer la kut. tengok la nanti kalu HSBC charged kat Ibu, nampak gaya kena claim laa kut. Kalu tak, nasib baik la.

Nad sampai kat cafe we lepak tuh naik basikal jer ngan husband dia. Siap bawak baby lagi dalam bakul belakang basikal. Sini, majoriti orang guna basikal as main transport. Senang. No wonder la kat saner tak jammed. Dan asap kereta pon tak tercemar. Laju giler memasing cycle. Then, Nad cakap, saner bycycle mahal. Second hand pon 100Euro.

Then, first thing pergi masuk Sex Museum. Tapi on the way tuh banyak snap gambar. Cantik gak Amterdam city tapi rasanyer Paderborn lagi tenang, nyaman dan tak sibuk. Amsterdam banyak canal, and orang-orang dia cam ganas sikit compare tu Paderborn. Cakap pon kasar, kuat-kuat. Tapi majority speak English. Dan yang paling penting, ramai Indon kat saner. Silap cakap jer ada yang menyampuk...

Lepas tu, separate dengan Nad, sebab baby dia dah meragam. So, we take our own sweet time jalan-jalan kat central tuh. Masa on the way nak ker Flower Market, lalu kat Red Light District. Actually bila malam ke atas baru happening kat sini. Tapi kul 5 petang pon dah ada yang bukak kedai. So free show laaa kejap. Rasanya Ibu tak yah citer la kut apa yang happening kan, google laa yer. hehehhhee

Lepas tuh, dah penat jalan, we take break kat satu stall nama Wok and Cook. Kedai nih, jual goreng-goreng dari Thai. Sedap gak, harga pon murah. Tak macam kedai Indon. Mahal giler. Oh ya, lupa cakap, Ibu sempat belikan anak-anak T-Shirt sorang satu, Ayah dan Ida pon dapat. Then beli suvenirs sikit, tak leh banyak-banyak sebab Ibu bukan nak bercuti pon, tak bawak duit sendiri pon. Ni sumer company bagi pocket money 1000 Euro.

Malam tuh, sebelom gi rumah Nad, Ibu sempat pusing-pusing lagik kat city dia. Pastu naik Tram number 1. Rumah Nad nih cam studio suite jer. Ada 2 bilik, Ibu ngan Mak Teh tido lam bilik, Alex ngan Eugine tido kat living room. Nathan, husband Nad baik sangat. Very sporting nyer orang.

Esok tuh, lepas breakfast, kul 9.30 am kuar terus nak jalan-jalan lagi sebelom balik Paderborn, Train kul 12.57pm. Ibu sempat gi grocery store belikan Coffee Powder buat suvenir kat opis lama, Makeena. Sempat gak minum kedai kopi kat situ sementara tunggu kedai bukak. Most kedai bukak 12 noon sebab Sunday. Tapi sayang tak sempat masuk Zara, yang tengah sale tuh. Sebab dah jauh dari train station, takut tak sempat nak catch train lak nanti.

Sebelom depart, Ibu ngan Mak Teh beli pizza vege ngan fries buat bekal dalam train. On the way balik, dapat tido jugak sebab ngantuk kan. Oh ya, kat Amsterdam, dia panggil fries, tapi kat Paderborn panggil Chips. Sajer jer nak bagi tau hehhehe.

Sampai Paderborn kul 6.48pm, amik taxi balik hotel. Shower, solat jamak dan makan maggie. Sementara tunggu Mangrib masuk kul 9.45 pm nanti, Ibu sempat upload facebook ngan fp nih. Tadi sempat online ngan Ayah jap. Ayah bagitau Ayah Chu dah dapat Visa keje kat Doha. Maybe weekend nih dia akan fly la ker saner. So, tahniah adik Ibu, jaga diri baik-baik kat tempat orang. Nanti Ibu call esok kay. So, Enjoy ya!















Nice picture
Dapatkan pakej fotografi perkahwinan
dengan harga berpatutan di www.sfawani.com!


more editing and
update at >
http://sfawani.fotopages.com
www.sfawani.com
Mon 14-Jul-2008 08:11
Posted by:shukri sfawani sfawani@hotmail.com
Add comment


Friday, 11-Jul-2008 20:47 Email | Share | | Bookmark
OPSC_gold Training Day 4

masak nasi
laundry dia
3,50 euro satu load
View all 9 photos...
Tadi gi laundry, basuh baju. esok nak gi Amsterdam lak. Hari ni training habis awal, so plan nak gi street market beli some suvenirs tapi ada insiden kurreng berlaku. Masa sampai hotel tadi, tiba-tiba Alex check dalam bag dia tiket train esok hilang! Gelabah la jugak kitaorang. Check sumer bag memasing, sah tak de. Call Shiva kat opis, Shiva cakap tak de pon tercicir kat saner. So, naik bilik kejap, amik baju yang dibasuh, lepas tuh turun balik.

Tunggu bas number 68, pergi train station. Sajer nak tanyer kalau-kalau dia boleh print lain tiket2 tuh, tapi apakan daya, tak boleh nak re-print. Alex decide nak pergi balik Orga opis carik sendiri. Meanwhile, kitaorang terus ke laundry sebab takut tutup lak. Sini most kedai tutup awal. Laundry tu untuk 7kg harga 3,50euro. Ibu share ngan Mak Teh sebab baju sikit sangat tak sampai pon 7 kg. Dryer lak 50cent sekali. Tadi buat 2 kali dry baju biasa, 1 kali dry max jeans, tu ponn still tak kering gak. hampeh tul.

Masa dah dekat nak habis tu Alex sampai, tunjukkan tiket. Thank God! Terjumpa balik, betul-betul kat luar pagar Orga, laluan yang kitaornag amik masa balik tadi. Rezeki masih ada kut nak ker Amsterdam.

So, naik bas balik ke hotel. Dinner lom lagik nih. Gi kedai turkish lagi, makan kebab ngan air coke. Sumer sekali 3,50Euro. OK laaa not bad. Cheap dan kenyang. Lepas tu nak gi supermarket tapi tutup la pulak. Masa on the way balik tuh, ada parade kat tenga-tengah pekan. So, berenti jap, tengok. Diorang ada celebration apa ntah.

Then, lepas tuh, terus balik hotel sebab esok nak kuar awal pagi. Kul 6.30 nak kena gerak dah. Train ke amsterdam kul 7 pagi. Alamak tak sempat breakfast laa plak. Eugine cuba discuss ngan reception kat situ. Nasib baik, diorang bekalkan kita breakfast box sorang satu. Just mintak jer nak makan apa. Ibu plan nak bawak jugak la makanan sket sebab jurney 5 jam lebih. Kul 1 petang baru sampai saner. Kut kut laaa lapar nanti dalam train.

Ok la, lepas update fp nih, Ibu nak tido dah. Oh lupa nak cakap. Tadi nampak Ayah online. So, sembang ngan Ayah jap. Lepas tu Anis terjaga lak, So sempat la sembang ngan dia. Lepas rindu Ibu tengok Anis. Yang lain-lain masih tido sebab tadi kul 4 pagi. Esok la InsyaAllah Ibu bangun awal mintak Ayah on kan internet.

So, until then, see u later... babai.... wait for next entry from Amsterdam ya!

hai
lets have a look at our online store
lots of new & used stuffs there

lets shopping with me @ http://bubblesshoppe.blogspot.com !!
Sat 12-Jul-2008 13:37
Posted by:bubbles182  - [Link]
Add comment


Thursday, 10-Jul-2008 16:40 Email | Share | | Bookmark
OPSC_Gold Training day 3

sign board
kat main entrance
cantik tak sini?
View all 4 photos...
Hari masuk hari ke tiga Ibu kat Paderborn. Training semakin menarik dan mencabar minda. Semalam dan hari nih belajar installation and configuration. Next week pulak maybe development. Lepas tu OPSC_GOLd ni dah habis. Yang lain-lain student dari Ukraine, Morocco , Berlin dan Paderborn sendiri sampai next week jer. Tapi team dari Malaysia continue lagi 2 minggu.

Dalam 2 minggu terakhir tu, ada 2 hari belajar documentation dan versioning control. The rest hands-on , means kita orang kena buat keje (project) kat office Orga sini. PC sumer dah setup dan work place pon dah ada untuk kami bertiga nanti. Kira-kiranya cam keje kat sini 2 minggu la.

Tadi training habis awal. Trainer tu terkejut gak sebab experience lepas-lepas, sumer tak berjaya configure sampai habis. Tapi team kali nih sumer advance... hehhehee Pukul 3 lebih jer dah selesai training. Esok la halfday jer. We all dah plan nak gi Amsterdam weekend nih. Sorang mamat Ukraine(Eugine)nak join sekali.

So tadi gi train station Hophenhof beli tiket. Nasib baik ada Frank dari Berlin, Atleast boleh la translate bahasa german kat kitaorang. Sorang return dalam 66 Euro jer. Murah kan. Tapi naik train lompat-lompat la. Cuma yang last jer boarder German-Amsterdam yang laju. Pegi hari Sabtu 7 pagi , tido saner satu malam. Ahad train kul 12 noon balik ke Paderborn. Sampai lebih kurang kul 6 petang, still early la. Just nak sightseeing jer.

Hari ni tak banyak amik gambar. Tak tahu mana dah nak amik lagi. Paderborn nih tak de la besar sangat pon. Tadi balik naik bas, halfway jer sebab turun kat train station, lepas tu jalan kaki balik hotel. Letih giler. Balik bilik still early, terus masak nasi. Alex kata nak join sekali gak sebab dah lama tak jumpa nasi.. hehhehehe

OK, nanti update lagi. babai...



kawan sy tanye ader kosong lg dok kt orga ni????
Fri 11-Jul-2008 05:17
Posted by:ya
ada.... meh sini resume dia bahagian menda? sini IT jer
Fri 11-Jul-2008 05:37
Posted by:ju
best nier..
Fri 11-Jul-2008 13:48
Posted by:~jejaka~HasnizamPhotography~  - [Link]
Add comment


[<<  <  [1]  2  3  4  5  6  7  8  9  10  11  12  13  14  15  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.